Pepatah lama pernah ungkap bahawa pipit takkan boleh sama terbang dengan enggang. Apa pipit terlalu sering diperlekehkan sehingga bezanya dengan enggang tampak terlalu hebat?
Aku entahkan tak mampu mengerti atau saja tak mahu memahami frasa itu. Aku tetap ingin berdegil menyayangi mereka yg aku tafsir sebagai sahabat. Sahabat saat bila aku mula belajar saat bsusah payah dengan gembira tangis tawa.
Aku rindukan mereka. Mereka yg dulu sentiasa ada dalam celah nafas ruang rongga. Aku rindukan mereka. Mereka yg dulu sentiasa ada dalam detak denyut nadi irama jiwa. Aku rindukan mereka. Sahabat sejati dari hati yang aku tanam jauh2 dalam lubuk rasa.
Mungkin kejauhan ini tak berasa apa buat mereka, namun tetap ingin aku khabarkan bahawa raga masih punya sayang tahap dewa pada mereka.
Aku masih kefikiran momen bahagia tidur sebantal, makan bsuap sama sama, kemana mana mesti ada kau aku dan mereka. Mungkin frasa yg lebih tepat adalah kita. Ya, kemana mana kita bsama. Kau ada sahabat lain, aku juga, mereka juga namun kita masih ada masa bersama mluangkan cerita bahagia sedih tawa tanpa rasa kepinggiran walau seketika.
Allah. Sebak detak dada tak pernah bisa aku gambarkan dengan jumlah aksara dalam dunia. Aku tenung, aku jenguk, aku seluk, apa salah yg aku lakukan sampai jadi begini hubungan kita? Aku juga manusia. Yang kurang serba serbi rencah rasa. Aku cuma mohon. Kalian datang dan berbicara pada aku lewat aksara yg bisa aku mengerti tentang salah apa yg aku ada.
Aku juga bisa melutut meminta maap dari hujung raga yang aku punya jika itu bisa buat kita kembali sediakala. Apa aku tak punya maruah jiwa? Demi sayang yg aku simpan sekian lama, maruah ini, ego ini aku longgarkan supaya kita takkan terpisah dek jarak masa.
Entahkan kenapa. Aku tak pernah dpat melupakan momen momen kita. Bergaduh kita, bercanda kita, tarik rambut kita, cium pipi kita. Semua segar aku rasa.
Aksara demi aksara aku aku gabungkan supaya rasa ini tak terus tsimpan sehingga buat aku sakit jiwa. Aku memang lemah. Walau ramai yg bilang aku tak setanding kalian namun aku masih ingin tegar btahan merebut kembali persahabatan yang aku agungkan. Aku pernah ada kalian dan aku cuma ada kalian. Hidup mati aku boleh taruhkan.
Aku cuma mahu bilang aku sayang kalian. Aku rindu kalian. Sahabat terbaik aku pernah ada adalah kalian. Kalian yang terbaik pernah ada dan bakal terus ada dalam pertemanan.
Sahabat. Sahabat. Aksara gabungan membentuk frasa lengkap sayang dari jiwa luhur tanpa galau resah.
Terima kasih. Sahabat. :)
#sisengett #saranaemah
No comments:
Post a Comment