Sunday, 10 November 2013

Kemanisan. GulaGula manis.

Aku ingin berbicara tentang rasa, tentang perasaan yang aku pendam dalam jiwa.
Mana datangnya usul engkau wahaii sang raja? Menyusup masuk ke lubuk raga yg sedang gundah gulana.

Manis. Kau manis. Semanis gula.
Boleh mencair di terik suasana. Boleh beku di sudut kutub khatulistiwa.
Aku candu. Candu pada kemanisan kau yg seperti gula.
Candu sehingga bisa kencing manis dan diabetes dalam masa yg sama.
Aku terpikir kadangkala. Jika kemanisan kau yg aku dambakan, bagaimana jika nanti pahit kopi buat kau berubah sederhana?

Allah.
Aku mahu terus kekal manis di samping kau. Manis semanis gula.
Walau bisa dihurung semut bjuta. Aku tak peduli. Aku masih bisa btahan dengan siksaan gigitan sang semut jutaan.

Kemanisan kau pada cinta, pada rindu, pada sayang yg mnusuk kalbu buat aku lari dari realiti.
Entah apa agaknya jampi sampai kau buat aku cair sendiri.
Ibarat kemanisan gula yg mcair dlm jus kiwi, aku tetap rasa manis walau masam myelubungi.
Begitu juga engkau. Kadang manisnya tak selalu tapi masih tetap dari hati.

Teruslah kau jadi manis. Manis semanis gula. Biar aku rebah dengan gigitan semut berjuta. Aku masih tetap mahu kau semanis gula. Kerana manis kau buat aku bahagia. Manis kau buat aku terluka. Manis kau buat aku rasa segalanya.
Manis. Manislah seperti gula selamanya.

#sisengett #saranaemah

No comments:

Post a Comment