Friday, 8 November 2013

Syaitan

Pagi itu indah, cerah, damai menyegarkan setiap ceruk pancaindera yg mhirup oksigen asli tanpa cemar bahaya.
Mereka berkejaran dlm langkah laju tanpa mhiraukan sekeliling yang compang camping dan hebat tata segak serba mewah.
Semuanya ingin pantas. Ingin cepat. Ingin terus pada tujuan tanpa mahu memandang pada kenyataan lain yg mungkin boleh mhancurkan.

Konversasi jadi ringkas. Kata hati jadi panas. Kelakuan jadi pantas. Semuanya kerana keadaan. Semuanya kerana hasutan syaitan. Bermaharajalela, menetap singgah tanpa sedar.

Mereka. Dia. Kau. Kita.
Semuanya dikelilingi syaitan.
Yang mhasut yang mengganas dalam hati dan fikiran. Dalam setiap saluran darah menghala ke pembuluh yg mnegangkan setiap rongga pergerakan.
Pernah semua fikirkan kenapa adanya syaitan? Kadang perasaan bkecamukk jadi syaitan, kadang fikiran terganggu jadi syaitan, kadang keadaan tak terkawal jadi syaitan.
Mana perginya hilang malaikat indah bersayap kiri kanan?

Pernah sedar yang syaitan itu tak pernah hilang? Sentiasa kekar mekar menuruti impian berusaha menhancurkan keturunan.
Apa kita tak pernah sedar bahawa yg sesungguhnya darjat itu lebih pada yg berakal dan bukan pada syaitan? Tapi kenapa masih ramai yg menunduk sujud bertuhankan syaitan?

Entah. Tak mengerti. Apa konklusinya dunia pengakhiran ini. Manusia lari sana sini. Tak pernah ambil kesah tak pernah ambil peduli. Pudarnya kerelevanan untuk berpegung teguh pada ajaran utama yang paksinya iman takwa di hati?
Semakin ramai yang cuba berpaling pada ajaran suci itu.
Celaka. Celaka sungguh bisikan syaitan. Terlalu laju mgalir seperti merkuri dlm rod besi di makmal.

Benci. Entah siapa tg biasa menghindar dari realiti? Realiti sebenar kehidupan.
Diulit mimpi indah syaitan atau bergelumang dengan kejamnya rencah kehidupan.
Fikirkan. Renungkan.

No comments:

Post a Comment