Pelangi muncul lepas hujan,
Aku tersungkur di celah mendung awan.
Pelangi indah bak garapan, yg aku kira cuma sebatas khayalan.
Aku dah penat mengulung takdir,
Lelah menjadi minoriti yg perlu merengek remis pada majoriti.
Aku dah pasrah merembes tangis,
Lelah dugaan duniawi yg tak mampu tepis.
Aku bukan malaikat.
Tertutup litup berpurdah panjang berselendang bagai.
Aku juga bukan syaitan.
Terdedah ternganga cerah hina maklumat.
Aku manusia. Ciptaan Yang Agung Maha Kuasa.
Aku punya kuat juga lemah. Walau tak sebaik kau yg selalu tabah.
Kesat kata, maki hina boleh kau lepar.
Silakan.
Aku tak gundah tak rebah.
Tapi sesekali cuba kau tukar kasut mahal dgn selipar Malaysia aku yg dah patah.
Baru ketika kau sedar, yg ttimbus dtipu terajang bkn kau sorangg.
Terima kasih buat kau yg perli caci maki.
Satu hari nanti aku harap kau dapat bahagia hakiki.
#sisengett #saranaemah
No comments:
Post a Comment