Dinihari, tatkala itu baru aku sedar aku terjelepok di bucu katil kelelahan keseorangan memikirkan adakah aku masih pantas hidup di dunia ini? adakah aku tega meninggalkan segala keseronokkan, kemewahan, ancaman dan bahaya yang ada di dunia ini? aku mencari jawapan mengengsot di setiap celah kosong yang aku rasakan bakal aku temukan jawapan. Namun yang tengiang di telinga cuma satu perkataan. YA!!!
YA ! walau satu dunia bakal mencemuh aku dengan tindak tanduk aneh yang aku lakukan tapi aku masih wajar dan layak berada di dunia ini. Aku tahu, aku faham bahawa kehidupan di dunia adalah tentang corak tersendiri. Kau dan kau tak perlu tahu dan juga ambil tahu. Dunia itu milik Tuhan, Aku hamba dan kau juga hamba. Setiap yang kau lakukan di dunia pastu dicatat oleh Yang Maha Esa, begitu juga aku. cuma anta lewat sedar atau tidak kau dan aku memikirkan tentang perkara yang serupa. Entahlah, mungkin juga kebetulan dan mungkin juga bukan.
Semakin pantas mengalir cebisan air jernih menyaluti pipi yang aku rasakan semakin melebar ke sisi. Tidak tahu kerana gembira atau sendu namun yang pasli ia tetap masih mengalir. Aku seka dan perasaannya seperti bumi disimbah hujan tanpa henti siang dan malam. Ohh dunia, mengapakah kadang aku tak setegar yang kelihatan? mengapakah hati tak sekuat yang dipaparkan? Kadang angin datang menjamah perasaan supaya bertenang namun ribut lebih kuat dan kencang merampas ketenangan yang diinginkan. Apakah perlu pasrah?
Ohh dunia.. aku mencari jawapan dalam keanehan hidup yang aku cipta di ruang dimensi kenyataan, segalanya indah di pandangan namun zahirnya tak terungkap dek penglihatan. aku mencoba berdiri dalam kepayahan, aku mencoba berlari dalam kesamaran. Aku masih menyeka air jernih dari terus mengalir, aku masih berusaha mengajar ketenangan hati yang dibawa lari ribut semati.
Aku berlari mengenggam kata YA, aku bermimpi memeluk kata YA. Segalanya bermula pada usaha. Percayalah kehendak takdirNYA. Bertawakallah. Aku masih akan terus berusaha untuk YA di Dunia..
#saranaemah #sisengett
No comments:
Post a Comment