Aku.
Tak pernah tbayang yang kau akan ada.
Tak pernah terlintas yang kau boleh jadi istimewa.
Tak pernah kefikiran yang kau wujud dlm ruang rongga.
Aku.
Pernah berfikir untuk berpaling.
Pernah berfikir untuk pergi.
Pernah berfikir dua kali.
Kehadiran kau buat aku lemah.
Kehadiran kau buat aku gundah.
Kehadiran kau mengugat pancaindera.
Dalaman. Luaran. Keseluruhan.
Aku tak mahu mengulang tragedi, kisah dan memori. Aku benci. Pada kau yang buat aku goyah pada prinsip hati. Aku semak. Pada kau yang aku rasa pentingkan diri.
Apa kau pernah pandang kasut orang lain? Yang lusuh, yang koyak, yang rabak?
Apa kau pernah rasakan derita orang lain? Perasaan berbagi dia? Cinta kasih dia? Senyum simpul dia? Sendu tangis dia?
Aku paham keinginan kau. Yang tak mahu melebihkan segalanya.
Tp pernah kau rasa keinginan dia? Yang bertudung berjubah? Yang bseluar ketat berbaju dedah?
Tak sama. Keinginan tu tak sama. Perasaan tu beza.
Aku tak mintak banyak. Sekadar menjenguk seketika relung hati diulit waktu mimpi ngeri. Tatap sebentar. Dalam dalam mata dia. Peluk kejap. Kemas kemas hati dia. Belai mesra. Ikal mayang rambut dia. Dah cukup. Tanpa kau lupa untuk kembali pada dia selang dua purnama.
Buat dia percaya bahawa hanya dia yang kau ada. Buat dia teruja dengan keyakinan kau pada dia. Buat dia terkesima dengan cinta yang kau ada.
Tatap dia. Rawat sedikit hati dia yang luka. Baiki sikit perasaan dia yang tercela. Kau tak rugi apa. Dia setia sehingga badan berpisah dari nyawa. Percaya. Aku boleh gerenti.
Tapi. Kau kena ingat.
Ada satu tahap dia rasa penat. Ada satu tahap dia rasa lelah. Ada satu tahap dia dah menyerah.
Dia perlu kau. Tapi kau lenyap tanpa ada berita.
Dia lelah menunggu.
Dia resah menanti.
Hingga akhir, dia pasrah dan pergi.
Dia pergi dgn meninggalkan sekeping hati, sekelumit rasa dan sezarah perasaan.
Kau tahu untuk siapa?
Semestinya untuk kau. Kau yg selalu sibuk dgn dunia.
Menitis air mata. Menitik jatuh tanpa sempat diseka. Aku sedih. Aku pilu.
Dia itu aku. Aku yg cuba menahan setiap tingkahlaku.
Kau tahu aku rindu? Aku rindu kau yg dulu. Yg punya dunia dgn aku.
Sesekali aku leretkan kaki melangkah pergi.
Namun tetap kembali aku di sisi kemudian nanti.
Aku benci pd kauu yg buat aku syg. Dan aku benci pd kauu yg buat aku melayang.
Ini kisah aku. Kisah aku yg mharapkan kauu pulang. Mendendangkan kasih sayang. Menyebarkan kebahagiaan.
Mohon kau pegangg erat hati yg separa kecundang nih.
Mohon kau peluk kemas kemas jantung yg seakan nak pergi nih.
Aku. Ini cerita aku.
#sisengett #saranaemah